2
Selepas rehat cikgu tiada di dalam kelas kerana mempunyai mesyuarat. Aini dan Maisarah mengambil peluang yang ada untuk membaca buku kerana pada tahun ini mereka akan menduduki PTT Walaupun sudah tiada PMR tetapi mereka mempunyai PBS oleh itu mereka tetap harus membaca buku. Tiba-tiba Nani iaitu kawan Aini dan Maisarah datang ke arah mereka.
“Rajin bai kawan-kawan aku baca buku. Lek lu ujian lagi tiga bulan kot! Kata Nani
“Lek lu kepala hotak kau. Tiga bulan tu dah macam tiga hari kau tahu tak.” balas Maisarah.
“Aini...” tiba-tiba Nani memanggil Aini.
“Ape Nani..” jawab Aini acuh tak acuh.
“Oyeah kat depan la.”
“So. Biarlah dia kan memang jage kelas kita ni” jawab Aini sambil buat-buat cool tetapi dalam hati Tuhan saja yang tahu.
“Semua orang tolong senyap dan duduk di tempat masing-masing.” Setelah Oyeah memberi arahan, semua duduk di tempat masing-masing termasuklah Nani. Setelah itu, Oyeah mengambil tempat di sebelah Aini kerana murid di sebelah tidak hadir pada hari ini. Berdebar-debar hati Aini ketika Oyeah duduk di sebelahnya. Tiba-tiba tangan Aini disenggol oleh Maisarah yang duduk di sebelahnya.
“Oi, nak tengok Oyeah pun, tengok la kiri kanan dulu.” tegur Maisarah. Merona merah wajah Aini setelah ditegur oleh Maisarah.
“Mane ade aku tengok mamat sombong tu.” balas Aini.
“Habis tu yang muke kau merah semacam je kenape ? Mengaku ajelah Aini oi.”
“Jom gi tandas, Mai.” Selepas meminta kebenaran keluar Maisarah dan Aini pun pergi ke tandas.
“Mai, betul ke muke aku merah takdi?” tanya Aini.
“Betul la, takkan aku nak tipu kau pulak. Jadi betullah kau tengok mamat sombong tu takdi?” tanya Maisarah yang masih ingin mengorek rahsia daripada Aini.
“Ialah aku mengaku yang takdi memang aku tengah tengok dia. Aku rase aku suke dia la.”
“Tu la dulu benci sangat kan sekarang dah suka. Tulah jangan benci sangat nanti kau sayang sangat-sangat.” Sakat Maisarah.
“Jiwang jugak minah seko ni” kata Aini dalam hati.